Dua individu di kawasan Shah Alam telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengusahakan maid agency secara tidak berlesen dari rumah mereka.
Serbuan tersebut telah membawa kepada penyelamatan seramai 13 pembantu rumah asing berumur antara 22 hingga 47 tahun. Mereka dipercayai masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan diuruskan untuk bekerja sebagai maid melalui agensi pengambilan yang tidak sah.
Setiap pekerja dikenakan bayaran sebanyak RM3,500 hingga RM4,500, yang dipotong daripada gaji bulanan mereka.
Imigresen percaya bahawa mereka bekerjasama dengan ejen di Indonesia untuk mengurus kemasukan dan penempatan pekerja secara haram. Agensi ini menjalankan operasi sebagai maid agency tanpa lesen yang sah dari kerajaan.
Pasangan itu akan dikenakan tindakan di bawah **Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63**, kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin di premis mereka.
Kes ini turut akan dirujuk kepada **Jabatan Tenaga Kerja** untuk siasatan lanjut terhadap pengendalian agensi pengambilan pekerja yang tidak sah. Pihak berkuasa menasihatkan orang awam untuk hanya menggunakan maid agency dan recruitment agency yang berdaftar.
Tangkapan ini adalah sebahagian daripada usaha besar-besaran bagi menangani kegiatan maid agency haram di Malaysia.
0 comentarios